en

10 Selawat Pilihan Amalan Harian ﷺ
Install Now
10 Selawat Pilihan Amalan Harian ﷺ
10 Selawat Pilihan Amalan Harian ﷺ

10 Selawat Pilihan Amalan Harian ﷺ

Koleksi Selawat Yang RINGKAS MUDAH Untuk AMALAN HARIAN ﷺ.

App Size: 25M
Release Date: Jan 26, 2020
Price: Free
4.9
10 Ratings
Size:
25M
Download APK
Google Play

Screenshots for App

Mobile
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Aplikasi ini menghimpunkan 10 Selawat ﷺ yang RINGKAS & MUDAH untuk AMALAN HARIAN. Video alunan syahdu serta terjemahan turut diselitkan di dalam aplikasi ini bagi kita lebih menghayati, mendalami dan menjiwai selawat yang diucapkan ﷺ.

Sepuluh Selawat ﷺ yang RINGKAS & MUDAH tersebut ialah :
1. Selawat Ibrahimiyah
2. Selawat Tafrijiyah/Kamilah/Nariyah
3. Selawat Munjiyah (Penyelamat)
4. Selawat Fatih (Pembuka)
5. Selawat Syifa’ (Penawar)
6. Selawat Thobibiyah (Penyembuh)
7. Selawat Nur (Cahaya)
8. Selawat Sultan/100,000
9. Selawat Ringkas 100x (Selepas Subuh & Selepas Maghrib)
10. Selawat 80x Asar Jumaat

Semoga kita semua beroleh syafaat & dapat bertemu/bermimpi dengan Junjungan yang juga Kekasih, Pengubat Hati, Jiwa & Raga kita yakni Nabi محمدﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Apakah amalan yang ALLAH terima walaupun kita berasa riak? Walaupun kita tak kusyuk? JAWAPANNYA ADALAH SELAWAT ﷺ!!! Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir di dalam salah satu kuliahnya menukilkan :

“…Ulama’-ulama’ sebut, pada waktu ketika akhir zaman ini, ketika tidak adanya murabbi yang memimpin kita, maka selawat kepada Nabi ﷺ itu lah pemimpin kita.

Orang yang banyak berselawat kepada Nabi ﷺ, insyaAllah tidak akan disesatkan oleh ALLAH ‘Azza wa Jalla.

Dan ada banyak amalan yang kita lakukan tertanggung antara riak dan tidak riak. Kalau riak ditolak terus oleh ALLAH SWT. Jika tidak riak barulah diterima oleh ALLAH SWT. Tapi ada satu amalan, jika riak sekali pun diterima oleh ALLAH SWT.

Kata Imam Al-Fasi dalam syarahnya dalam Dalail Al-Khairat :

Apa dia amalan tersebut? Berselawat kepada Nabi ﷺ. Selawat kepada Nabi kata ulama’ , riak pun tidak ditolak oleh ALLAH.

Besar pahala selawat kepada Nabi. Jangan tinggalkan selawat, banyakkan menyebut selawat ke atas Nabi ﷺ..…”

Akhir kata, seperti yang diperdengarkan oleh khatib pada SETIAP JUMAAT :

إِنَّ اللَّهِ وَمَلَآائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّۚ
يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya ALLAH dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Baginda serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”.
(Surah Al-Ahzab, ayat 56)

Semoga kita semua beroleh syafaat & dapat bertemu/bermimpi dengan Junjungan yang juga Kekasih, Pengubat Hati, Jiwa & Raga kita yakni Nabi محمدﷺ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Show More
More Information about: 10 Selawat Pilihan Amalan Harian ﷺ
Price: Free
Version: 1.0
Size: 25M
Release Date: Jan 26, 2020
Content Rating: Everyone
Developer: Emvia Digitisation Studio
Developer Apps:
Recent Releases

Whatsapp
Vkontakte
Telegram
Reddit
Pinterest
Linkedin
Hide