Kemajuan teknologi masa kini juga banyak membuka peluang dan ruang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah ilmu pengetahuan menerusi pelbagai platform.
Medium aplikasi pintar dan e-pembelajaran tidak terkecuali apabila banyak pembangun sudah mula mengorak langkah untuk menggunakan platform itu sebagai salah satu bentuk pendidikan era baharu.
Dengan wujudnya sesuatu aplikasi, ia memudahkan para pengguna untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi kepada orang lain secara maya.
Aplikasi e-Pembelajaran mula menjadi pilihan para pengajar dan pelajar bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) lebih menarik dan efisyen. Menyedari kepentingan ini, satu aplikasi untuk kursus Kajidaya
Bahan dibangunkan dan dinamakan Aplikasi Strength of Materials (ASOM). ASOM dibangunkan bagi memudahkan pelajar mendapatkan nota dan latihan kursus tersebut.
Di samping itu penggunaan ASOM ini juga meningkatkan kualiti P&P sejajar dengan kemajuan teknologi global Secara kesimpulannya, penggunaan aplikasi seperti ini menjadikan P&P lebih mudah dan sangat berbeza dengan teknik P&P secara tradisional.
Ini satu inovasi P&P terkini yang digabungkan dengan kemajuan teknologi sebagai menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti JPPKK Malaysia.