en

MARDI Penternakan Ayam Kampung
Install Now
MARDI Penternakan Ayam Kampung
MARDI Penternakan Ayam Kampung

MARDI Penternakan Ayam Kampung

Aplikasi Penternakan Ayam Kampung

Developer: MARDI Apps
App Size: 64M
Release Date: Nov 5, 2015
Price: Free
4.3
81 Ratings
Size:
64M
Download APK
Google Play

Screenshots for App

Mobile
Ayam kampung diternak di seluruh negara sejak zaman berzaman lagi. Pendek kata pada masa dahulu tidak lengkap jika sebuah keluarga kampung tidak memiliki sebilangan ayam kampung di sekeliling rumah. Kepentingannya lebih terasa semasa kehadiran tetamu atau kenduri-kendara. Hidangan istimewa yang disajikan tentulah ayam kampung peliharaan keluarga.

Semenjak merdeka, ayam kampung telah melalui banyak perubahan, baik dari segi rupa, prestasi atau cara pemeliharaan. Satu-satunya ciri yang kekal ialah pengiktirafan yang diberi kepada ayam tersebut sebagai komoditi yang berharga dan menjadi kesukaan ramai, khususnya untuk hidangan dan masakan istimewa. Sesuai dengan taraf penerimaannya yang tinggi di kalangan masyarakat, harga pasarannya jauh lebih tinggi daripada ayam pedaging biasa.

Takrifan ayam kampung kini berbeza-beza mengikut golongan pengguna. Ada pihak yang menganggap hanya ayam yang berkeliaran bebas di kampung-kampung yang terhindar daripada sebarang proses kacukan terancang dengan kumpulan ayam lain sebagai ayam kampung. Golongan lain pula menganggap semua jenis ayam kampung, sama ada tulen, dipilih atau kacukan sebagai ayam kampung. Wujud juga golongan ketiga yang mengiktiraf ayam pedaging berbulu perang juga sebagai ayam kampung selain kumpulan-kumpulan ayam kampung yang dinyatakan terdahulu. Hakikatnya, kini masyarakat menerima ketiga-tiga jenis ayam ini sebagai ayam kampung dan ia diternak secara komersial dengan meluas. Antara ketiga-tiga kumpulan ini, ayam kampung kacukan dan terpilih merupakan golongan yang paling besar diikuti ayam berbulu perang. Manakala ayam kampung "tulen" mempunyai bilangan yang terkecil dan menyumbangkan kurang 1% daripada jumlah keseluruhan ayam kampung dipasaran.

Walaupun perbezaan ketara wujud dari segi sifat fizikal pada ketiga-tiga kumpulan ayam ini, kaedah penternakannya sebagai sumber daging dalam banyak keadaan adalah serupa.
Show More
More Information about: MARDI Penternakan Ayam Kampung
Price: Free
Version: 2.0.0
Size: 64M
Release Date: Nov 5, 2015
Content Rating: Everyone
Developer: MARDI Apps
Developer Apps:
Recent Releases

Whatsapp
Vkontakte
Telegram
Reddit
Pinterest
Linkedin
Hide